Search This Blog

Tuesday, 2 March 2021

PENGENALAN - XPLORERZ

Mungkin anda tertanya-tanya, apa perbezaan di antara Explorerz dan Xplorerz?


Dari masa artikel ini ditulis, anda semua yang membaca terutamanya para pendaki, mungkin ada yang pernah tahu tentang Xplorerz, malahan pernah berjumpa atau pernah mendaki sekali bersama beberapa ahli Xplorerz yang lain.


Logo Xplorerz
Xplorerz merupakan sebuah kumpulan mendaki yang ditubuhkan pada tahun 2018. Pada asalnya, kumpulan ini tidak mempunyai logo mahupun nama kumpulan itu sendiri. Ia hanyalah sebuah kumpulan yang dicipta melalui Whatsapp dan pada masa itu, perancangan kami adalah untuk menawan Bukit Berekeh, aktiviti mengisi masa lapang di kala cuti semester yang agak panjang.


Sebelum mendaki Bukit Berekeh, saya sendiri sudah menawan beberapa puncak di luar negeri Perak seperti Gunung Tebu di Terengganu,  Bukit Wawasan di Selangor, dan juga Bukit Gasing di Kuala Lumpur. Jadi apabila diajak untuk bersama-sama mendaki Bukit Berekeh, saya sudah semestinya ikutkan sahaja kerana pada ketika itu, minat saya terhadap aktiviti pendakian semakin mendalam.


Di puncak Bukit Berekeh - ahli asal sebanyak 5 orang


Selepas daripada pendakian Bukit Berekeh, bolehlah kiranya saya sudah mempunyai kumpulan mendaki sendiri. Akan tetapi pada masa itu, kumpulan kami masih tidak mempunyai nama yang rasmi lagi. Tidak lama kemudian, pada bulan Disember 2018, kami seterusnya membuat percubaan untuk menawan Bukit Gelok. Dengan berbekalkan info-info yang kami perolehi daripada internet dan beberapa blog, maka pergilah kami ke Felda Papulut untuk merasai pengalaman melihat awan karpet. Tetapi malangnya, info yang kami dapati hanyalah sekadar info umum sahaja. Pada masa itu, tiada seorang pun di antara kami yang mempunyai kemahiran dalam menganalisa peta dan trek pendaki-pendaki terdahulu. Jadi kami hanya berpusing-pusing meronda di sekitar kebun getah di situ sejauh 25km berjalan kaki, mencari titik pemula (starting point) bagi memulakan pendakian. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kelihatan Bukit Gelok di belakang kami, sampai sini sahaja usaha kami
 mencari titik pemula memandangkan hari semakin panas


Peristiwa kami meneroka mencari titik pemula di dalam hutan tersebut, ternyata menjadi sebuah inspirasi dalam mencari nama kumpulan kami. Nama Explorerzzz dijadikan sebagai nama kumpulan, sesuai dengan aktiviti kami pada hari tersebut, meneroka dan mencari setiap ruang yang ada yang memungkinkan kami untuk sampai ke puncak Bukit Gelok. Demi mengubati kedukaan kami, Lata Kekabu seterusnya menjadi destinasi kami untuk berehat melepaskan penat.

Lata Kekabu, Lenggong


Tidak lama kemudian, nama Explorerzzz diubah suai menjadi Xplorerz, dan nama tersebut diguna pakai sehingga sekarang. Ahli kumpulan juga sudah bertambah dari 5 orang kepada 6 orang dan kesemuanya itu merupakan sahabat saya ketika di sekolah menengah dulu. Explorerz pula tidak lain tidak bukan hanyalah stage name sahaja kerana saluran Youtube saya juga bernama Explorerz!. ๐Ÿ˜‚ Itu sahaja yang boleh diceritakan pada artikel kali ini. Harapnya semua sudah maklum ya. ๐Ÿ˜‰


No comments:

Post a Comment

Popular posts