Search This Blog

Monday, 15 March 2021

🔺Exploring Bukit Pudu Ulu (172 m)


Info Bukit Pudu Ulu

Lokasi: Pandan Perdana, Kuala Lumpur
Tahap kesukaran: ★☆☆☆☆☆ [1/6]
Trailhead: 3.11485, 101.73442
Koordinat puncak: 3.11395, 101.73546

Let's explore!

Syukur, akhirnya setelah negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditukarkan status kepada PKPB, saya berpeluang untuk meneruskan hobi saya yang sudah sekian lama tertangguh lebih dari sebulan. Misi kali ini adalah untuk menawan sebuah bukit yang bernama Bukit Pudu Ulu. Bukit ini dipilih memandangkan ketinggiannya yang rendah sahaja, kalau saya pilih bukit yang lebih tinggi, mesti semput agaknya, barangkali kerana sudah lama duduk di rumah dan tidak melakukan apa-apa aktiviti untuk mengekalkan stamina. Jika anda mahu ke sini, bolehlah untuk search Sky Vista Kondominium di Google Maps. Titik pemulanya hanya berdekatan sahaja dari sana. Jika anda menaiki kereta ataupun motor, anda tidak perlu risau tentang parkir. Sampai sahaja di sana, untuk motor boleh parkir di hadapan kondominium tersebut, manakala bagi kereta pula anda boleh sahaja untuk parkir di bahu jalan.

Sky Vista Kondominium dan tempat parkir berhampiran


Dari kawasan parkir berhadapan dengan Sky Vista Kondominium, anda perlu berjalan menuruni jalan sedikit, dan di sebelah kiri akan kelihatan trek hutan dengan jelas.



Untuk sampai ke puncak, hanya memerlukan selama 8 minit sahaja. Treknya sudah pun dilengkapi dengan penanda yang jelas. Jadi jika anda pergi berseorangan, sepatutnya tidak akan ada masalah untuk sesat dan sebagainya. Tetapi perlu diingatkan, kalau rasa tak berani dan tak biasa masuk hutan, sebaiknya pergilah secara berkumpulan. Itu lebih selamat. Tali juga disediakan sebagai bantuan mendaki kerana treknya boleh dikira sebagai agak curam.

Beberapa minit sebelum tiba di puncak, kelihatan penduduk tempatan memasang khemah dan sepertinya ada restoran mini. Beberapa hiasan lain juga turut kelihatan.


Sampai juga di puncak 😋

Pemandangan bandar Cheras dari atas puncak


Pemandangan puncak dari sudut lain


Sebenarnya, bukit ini boleh untuk kita melakukan trans, tapi disebabkan saya hanya berseorangan, jadi rasa tak teringin pun nak buat haha. Okey sampai di sini sahaja. Don't forget to explore, travel, and repeat. Jumpa lagi ✌

No comments:

Post a Comment

Popular posts