Search This Blog

Wednesday, 17 March 2021

🔺Exploring Bukit Tamu (365 m)


Info Bukit Tamu

Lokasi: Batang Kali, Selangor
Tahap kesukaran: ★★☆☆☆☆ [2/6]
Trailhead: 3.456719, 101.703489
Koordinat puncak: 3.449355, 101.706884

Let's explore!

Bukit Tamu sudah semestinya menjadi sebuah puncak yang kurang popular dalam kalangan pendaki di Malaysia. Jarang sekali nama Bukit Tamu ini meniti di titian bibir kebanyakan pendaki, tapi jika anda merupakan seorang pemburu puncak, apa salahnya untuk cuba mendaki bukit ini kan? Pintu masuk ke bukit ini berada di Kampung Orang Asli Hulu Tamu. Sebaiknya datang ke sini dengan menaiki motosikal, kerana jalan di sini agak sempit untuk dilalui kereta.


Anda sepatutnya akan sampai di lokasi ini mengikut koordinat trailhead yang telah disediakan. Untuk parkir kenderaan anda, seeloknya mintalah izin kepada tuan rumah dahulu. Kami parkir motosikal kami di halaman rumah tersebut. Jalan kecil di sebelah kanan adalah jalan menuju ke pintu rimba Bukit Tamu. Anda juga perlu ingat, supaya pakai baju lengan panjang atau sediakan mosquito repellent kerana ratusan nyamuk di dalam hutan sudah bersiap sedia untuk menyerang mangsa.

Keadaan trek yang jelas dan kecil

Treknya juga terbahagi kepada beberapa cabang. Jadi jangan tersilap simpang, nanti sesat. Kami juga pada asalnya tersilap pilih jalan, dan akhirnya setelah beberapa ketika, kami berpatah balik untuk mengambil simpang jalan yang lagi satu. Treknya boleh dikatakan jelas sehingga ke puncak. Walaupun bukit ini tidak berapa terkenal, mungkin laluan itu menjadi jelas kerana menjadi kegunaan orang asli di sini. Mungkinlah.

Salah satu pemandangan trek hutan Bukit Tamu


Jika anda sampai ke tempat ini, ambil simpang ke kiri dan pastikan trek anda sentiasa menaik

Kalau anda rasa trek yang anda sedang lalui bukanlah dengan gaya menaik, maknanya salah jalanlah tu. Konfem! Setakat yang diingati, terdapat 3 simpang sepanjang perjalanan ke puncak. Jadi ingatlah pesanan di atas tu ye. Tiada apa pun yang boleh menarik perhatian sepanjang pendakian sehinggalah sampai ke puncak.



Puncak Bukit Tamu dikelilingi dengan pokok-pokok buluh yang tinggi, walhal sewaktu pendakian, tiada langsung pokok buluh yang boleh ditemui. Jika anda mahir dalam fotografi, suasana tempat ini mungkin boleh menghasilkan gambar yang cantik, tambah-tambah lagi jika ada pancaran matahari menembusi pepohon sekitar. Puncaknya hanyalah kawasan lapang begitu sahaja, tiada berup mahupun batu penanda.

Selesai sudah. Bergambar sebagai bukti sudah berada di puncak hehe.

Kami meluangkan masa berehat dan bergambar di puncak hanyalah lebih kurang 15 minit sahaja disebabkan nyamuk terlalu banyak. Siapa je yang tahan kan haha. Buat yang hendak menawan puncak ini, selamat berjaya. Don't forget to explore, travel, and repeat. Jumpa lagi di entri akan datang. ✌

Popular posts